Ucapan Krismas harus ikut garis panduan, kata Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum kepada orang Islam mengucapkan selamat hari Krismas atau Merry Christmas, dan ucapan-ucapan lain yang bermaksud tahniah dan selamat kepada penganut Kristian sempena sambutan Krismas, adalah harus dengan mengikut garis panduan tertentu. Antara garis panduan umum tersebut ialah sesuatu ucapan itu diberikan apabila wujud keperluan bagi menyuburkan semangat muhibbah dan memperbaiki ketegangan sosial yang berlaku […]

Rusuhan: Presiden Persatuan India Malaysia didakwa

PETALING JAYA – Enam lagi lelaki, termasuk Presiden Persatuan India Malaysia dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pelbagai pertuduhan berhubung insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, menjadikan jumlah yang didakwa seramai 24 orang. M Manimaran, 38, dan 5 yang lain bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan […]

Mufti cadang pendidikan wajib 6 tahun di sekolah pupuk perpaduan

PETALING JAYA – Dengan berkata kurangnya “pengalaman bersama” dalam kalangan anggota komuniti yang berbeza, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa kerajaan mewajibkan rakyat Malaysia mengikuti pendidikan 6 tahun pertama di sekolah kebangsaan. “Ketiadaan persamaan dari sudut latar pendidikan dan pengalaman bersama semasa awal, menjadikan emosi permusuhan lebih cepat berkembang dibandingkan emosi persahabatan,” […]