Malaysia diancam gempa bumi, tsunami?

KUALA LUMPUR – Suatu ketika dahulu, Malaysia dianggap bebas daripada ancaman gempa bumi dan tsunami, namun fakta itu sudah tidak tepat malah kini negara dikesan berisiko dilanda bencana berkenaan berikutan berada berhampiran dalam zon aktif pertembungan plat bumi. Beberapa kawasan di negeri khususnya Sabah dikategorikan amat berisiko tinggi dengan ancaman gempa bumi selain Pahang dan […]
Sultan Johor kurniakan 60 hektar tanah untuk rakyat

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan tanah seluas 60 hektar untuk mendirikan 1000 unit rumah mampu milik di negeri ini. Khabar gembira itu disampaikan anakandanya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasminya. “Minggu depan, saya akan melancarkan satu upacara pecah tanah milik Sultan Johor, ia selepas […]
Johan tilawah buta sejak lahir

KOTA BHARU – Walaupun ditakdirkan buta sejak lahir dan tidak pernah melihat seperti orang lain, Muhammad Syafi Izwan Mohd. Suhaimi, 18, tidak pernah menjadikannya sebagai penghalang untuk dirinya mempelajari bacaan al-Quran dengan ‘tarannum’. Muhammad Syafi Izwan yang dinobatkan sebagai Johan Tilawah Lelaki bagi kategori sekolah menengah sudah mula meminati bacaan al-Quran sejak di sekolah tadika […]
Menara FELCRA akan dijual

KUALA LUMPUR – FELCRA Berhad (FELCRA) mengumumkan penjualan Menara FELCRA di Jalan Semarak di sini yang sedang dalam pembinaan bagi mengelak implikasi terhadap kewangan syarikat itu. Pengerusinya, Datuk Mohd Nageeb Abdul Wahab, berkata entiti milik penuh kerajaan itu ketika ini sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pihak dari dalam dan luar negara untuk penjualan projek berkenaan […]
Cuci Cuci dengan ILIM di Nilai

NILAI – Usaha untuk menjalinkan sinergi kerjasama antara agensi agensi agama peringkat persekutuan terus dilaksanakan walaupun sekadar program yang bukan berskala besar. Terbaru, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjalankan program ‘Khidmat Masyarakat dan Praktikal Dakwah : Cuci Cuci Surau di sini. Program pada 23 September itu, dilaksanakan […]
Polis berjaya tahan suspek kes langgar lari di Cyberjaya

SEPANG – Polis berjaya menahan tiga suspek kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd. (TM) Unifi di hadapan Shaftbury, Cyberjaya di sini, petang kelmarin. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek pertama yang merupakan seorang lelaki warganegara Yemen berumur 22 tahun berjaya ditahan di Persiaran Putra Permai […]
Nasi bukan penyebab diabetes, kegemukan

KUALA LUMPUR – Masyarakat negara ini tidak harus bimbang untuk mengambil nasi sebagai makanan harian kerana ia bukan penyebab kepada penyakit diabetes dan kegemukan. Ketua Pegawai Eksekutif Padiberas Nasional Bhd.(Bernas), Ismail Mohamad Yusof berkata, makanan ruji rakyat Malaysia itu sering disalah anggap mengakibatkan orang ramai takut untuk menjadikan nasi sebagai hidangan. Sedangkan, katanya, makanan berasaskan […]
Reformasi institusi agama perlu 10 tahun

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu proses reformasi yang dilakukan kerajaan dalam pengurusan agama Islam di negara ini dijangka mengambil masa 10 tahun, sebelum satu penanda aras dapat diwujudkan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata proses itu akan menjadikan semua 13 agensi di bawah portfolio agama Islam JPM bergerak […]
Majlis Perumahan Mampu Milik Negara akan ditubuhkan

KUALA LUMPUR- Kerajaan bakal menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Negara bagi menyelaraskan pengurusan mampu milik awam. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di bawah Keutamaan Kedua: Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat dalam Kajian Separuh Penggal RMK11, sejumlah 200,000 unit rumah mampu milik bakal dibina dalam tempoh 2018-2020. “Perumahan adalah penting untuk kesejahteraan keluarga. “Sebanyak 200,000 unit […]
Kerajaan timbang cadangan Alor Gajah hab kereta nasional ketiga

IPOH – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sedia mempertimbangkan semua cadangan bagi pembuatan kenderaan nasional ketiga termasuk menjadikan Alor Gajah, Melaka sebagai hab projek tersebut. Timbalan Menterinya, Dr. Ong Kian Ming berkata, pada masa sama kerajaan juga mahu memastikan pelaburan Proton di Tanjung Malim terus berjaya melalui inisiatif pembangunan vendor di sekitar Proton City. Menurutnya, […]