Jangan panik! Kariah Surau Al-Jannah belum positif Covid-19

SHAH ALAM – “Kami berdoa dan berharap jemaah surau ini yang didakwa mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 yang juga daripada kluster Sivagangga di Jitra Kedah, negatif virus itu,” kata seorang daripada kariah surau di Seksyen 23, Shah Alam itu. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, walaupun maklumat berhubung kontak rapat itu […]

200 asnaf Tangkak terima sumbangan

TANGKAK – Seramai 200 asnaf di kawasan ini menerima sumbangan barangan keperluan harian dalam program YADIM Peduli Cuci Cuci dan Musa’adah Pasca Covid 19 Negeri Johor di sini pada 8 Ogos. Bertempat di Madrasah Tahfiz Al Fath di sini, program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor, […]

Mukhayam: NGO komuniti hijrah LGBT pertahan JAKIM

KUALA LUMPUR – Beberapa kumpulan yang mewakili golongan LGBT tampil mempertahankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), khususnya program Mukhayyam kendalian agensi itu yang bertujuan membimbing komuniti berkenaan. Kumpulan-kumpulan berkenaan menyanggah fitnah yang mendakwa Mukhayyam sebagai program bersifat paksaan dalam mengembalikan mereka kepada fitrah asal. “Tidak pernah sama sekali individu yang menyertai program Mukhayyam diberi tekanan, […]