Sultan Selangor dukacita ada umat Islam permainkan agama

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dan dukacita dengan sikap segelintir umat Islam sesuka hati mempermainkan agama, tanpa memikirkan perbuatan itu boleh menjejaskan akidah mereka. Baginda bertitah, apa juga iktikad atau pernyataan dalam hati, sama ada percakapan atau perbuatan oleh umat Islam yang berhasrat keluar agama, dikhuatiri membawa kepada kegelinciran akidah. […]

Negeri boleh guna enakmen sedia ada halang kalimah ‘Allah’ diguna agama lain, kata peguam

PETALING JAYA – Sepuluh negeri termasuk Selangor yang mempunyai Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) masih ada kuasa melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam. Ini termasuk penggunaan kalimah “Allah” oleh orang bukan Islam walaupun Mahkamah Tinggi minggu lalu memutuskan ia boleh digunakan penganut Kristian. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, […]