Irsyad 360 Menyambut Ramadan YADIM Negeri Sembilan

PAROI – Persiapan menyambut Ramadan digiatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan menerusi program penyampaian sumbangan pada 9 April. Seramai 30 keluarga asnaf yang memerlukan menerima sumbangan dalam satu program di Surau AR Raudhah di sini. Program anjuran bersama dengan  Sukarelawan YADIM Negeri Sembilan ini turut diisi dengan ceramah Ambang Ramadan pada sebelah malam. […]

Smart Solat Anjuran Fit Malaysia Kota Bharu Dan YADIM

KOTA BHARU – Semakin banyak program sempena menyambut kedatangan Ramadan diadakan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Terbaharu sebagai pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (Irshad 360), YADIM Kelantan dengan kerjasama Fit Malaysia Kota Bharu menganjurkan program Smart Solat di Masjid Al Mustaqim di sini. Hadir menyampaikan ceramah ialah Pegawai Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri […]

Sumbangan Rezeki/Prihatin  Ramadhan  SAY Kuala Langat

TELOK PANGLIMA GARANG – Ramadan kian hampir dan Sularelawan YADIM (SAY) Kuala Langat semakin giat melaksanakan program pra Ramadan mereka. Pada 10 April SAY Kuala Langat menziarahi 12 pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di Pusat Dialisis Sijangkang di sini. Kesemuanya menerima barangan keperluan harian, buah kurma dan sedikit sumbangan wang tunai. Pada hari yang […]

Cabang baharu dakwah YADIM

SERI KEMBANGAN – Gerak kerja dakwah masa kini memerlukan pelbagai kaedah dan cara baharu untuk menarik perhatian masyarakat. Ia ditambah pula dengan cabaran masa kini yang bukan sahaja mendesak kepada cara kreatif, tetapi juga kos yang tinggi. Atas faktor ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mengambil keputusan berani keluar daripada keselesaan dan menceburi bidang perniagaan runcit […]

Is’ad Al Usrah di Kampung Belukar

BACHOK –  Bagi Mohd Faisol Mat Rawi tiada apa yang lebih diingininya melainkan memberikan kediaman selesa untuk keluarganya. Dia kini tinggal bersama ibu mertuanya di Kampung Belukar di sini telah lama berhasrat untuk mendiami rumahnya sendiri. Walaubagaimanapun, bapa kepada lima anak yang  bekerja sendiri ini terjejas teruk pendapatannya akibat penularan Covid-19. Ekoran itu, pembinaan rumah […]

Penyerahan Sumbangan Musa’adah Covid-19 2.0 Sekitar Lawas

LAWAS – Penyampaian bantuan Covid-19 2.0 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sekitar bandar Lawas pada 9 April. Kali ini sebanyak 20 pek makanan diagihkan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan kumpulan yang terjejas pendapatan akibat Covid-19. Mereka yang disntuni termasuklah golongan bukan Muslim di bandar ini. Sumbangan tersebut disampaikan […]