Home » Citra Yadim » Penyerahan Sumbangan Musa’adah Covid-19 2.0 Sekitar Lawas

Penyerahan Sumbangan Musa’adah Covid-19 2.0 Sekitar Lawas

LAWAS – Penyampaian bantuan Covid-19 2.0 diteruskan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di sekitar bandar Lawas pada 9 April.

Kali ini sebanyak 20 pek makanan diagihkan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada asnaf, ibu tunggal dan kumpulan yang terjejas pendapatan akibat Covid-19. Mereka yang disntuni termasuklah golongan bukan Muslim di bandar ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ustazah Nurul Nazihah Othman, Pembantu Daie YADIM Lawas dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Cawangan Lawas.

Antara lokasi penyerahan ialah di Kampung Banting sebanyak tujuh penerima, Projek Perumahan Rakyat(3),  Perumahan RKB (3), Bandar Lawas (4), Kampung Sebangan (1), Kampung Temangis (2). Secara Keseluruhannya sebanyak 20 pek makanan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk Daerah Lawas, YADIM Sarawak mensasarkan sebanyak 50 penerima bagi bantuan makanan Covid19 2.0 ini.

 

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *