Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021

KUALA LUMPUR – Kempen Kenali Rasullullah SAW 2021 dilancarkan di Masjid Negara  pada 15 Oktober. Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAWIP), Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), dan Masjid Negara. Program ini memfokuskan dakwah untuk memperkenalkan Rasulullah SAW kepada masyarakat khasnya golongan bukan Islam dalam negara. Menerusi program […]

Kongsi Rezeki di Kampung Medan

KUALA LANGAT – Setiap Jumaat, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Langat tidak lupa mengadakan program Kongsi Rezeki mereka. Terbaharu pada 15 Oktober, 15 keluarga anak yatim di Kampung Medan di sini menerima sumbangan makanan bermasak daripada SAY Kuala Langat. Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya. SAY Kuala […]

Cadangan wajib sesi kaunseling babit pindaan akta, persetujuan negeri

KUALA LUMPUR – Beberapa penambahbaikan termasuk pindaan ke atas Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, perlu dilakukan sekiranya cadangan mewajibkan sesi kaunseling terhadap setiap pasangan yang hendak memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah dilaksanakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata cadangan itu juga harus dibincangkan dan mendapat persetujuan negeri, […]

35 OKP Baling disantuni YADIM Kedah

BALING – Semua orang layak mendapat peluang kedua, dalam apa jua perkara. Begitu juga dengan Orang Kena Pengawasan (OKP) oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Tidak seharusnya mereka dipinggirkan hanya kerana kisah silam. Golongan ini juga terkesan dengan penularan Covid-19. Justeru pada 15 Oktober, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah bersama AADK Negeri Kedah dan […]

SAY Kuala Selangor santuni keluarga kuarantin akibat Covid-19

KUALA SELANGOR – Ancaman Covid-19 terus wujud dan hingga kini masih ramai yang terkesan dengannya. Begitu juga keadaannya di daerah ini, orang ramai masih berwaspada kerana bahaya jangkitan masih wujud. Cakna dengan keadaan ini, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kuala Selangor baru baru ini menyantuni tiga keluarga di kawasan ini yang dikuarantin akibat Covid-19. […]