Sambutan Mahabbah Rasul bersama 200 warga SK Tengku Indera Petra

KOTA BHARU – Bagi mendidik anak-anak mengenali dan mencintai Rasulullah SAW, YADIM Kelantan bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Indera Petra telah mengadakan Festival Mahabbah Rasul dan Maulid Nabi pada 19 Oktober di sini. Lebih 200 orang warga SK Tengku Indera Petra telah menyertai program ini yang dimulakan dengan perarakan sambil berselawat pada jam 8.45 pagi. […]