Kuasa besar wajib pikul tanggungjawab henti pertempuran di Palestin – Agong

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa masyarakat antarabangsa dan kuasa besar dunia wajib memikul tanggungjawab menghentikan pertempuran di bumi Palestin dengan serta-merta. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mejar Jeneral Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata langkah itu bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan pertumpahan darah yang lebih […]

Isu kalimah Allah dipersembah ke Majlis Raja-Raja akhir bulan ini

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mempersembahkan hasil libat urus bersama pihak berkepentingan berhubung isu isu penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja pada hujung bulan ini, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata input dan pandangan berkenaan akan mencorakkan Arahan Pentadbiran yang baharu mengenai penggunaan kalimah Allah dan ia perlu dipersembahkan kepada Majlis […]

Kemajuan industri halal buka 25,000 pekerjaan baharu

KUALA LUMPUR: Perkembangan industri halal di negara ini yang turut diiktiraf dunia berjaya membuka 25,000 peluang pekerjaan baharu terutama bagi pengaudit halal. Pada masa ini beberapa universiti tempatan dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedang menawarkan kursus dalam bidang industri halal yang akan melahirkan tenaga kerja profesional diperlukan. […]

Pasangan suami isteri siswazah Usim, 20 ahli keluarga maut serangan di Gaza

Kuala Lumpur: Pasangan suami isteri yang juga siswazah di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) bersama empat anak mereka meninggal dunia akibat serangan bom rejim Zionis di Gaza, Palestin, kelmarin. Usim dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya sejam yang lalu berkata, perkara itu disahkan oleh Presiden Kesatuan Umum Pelajar Palestin di Malaysia, Ammar […]