Kunjung hormat Universitas Muslim Indonesia (UMI)

YADIM telah diundang untuk bekerjasama dalam bidang dakwah, khususnya menggunakan kecerdasan buatan (AI), bersama Universitas Muslim Indonesia (UMI) bagi mengembangkan pendekatan dakwah digital yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat serantau. Kerjasama ini dijangka membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, latihan dan pendakwah antara keduanya sebagai usaha memperkasa penggunaan AI untuk memperluas capaian dakwah […]
Program Bicara Dakwah bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

YADIM Negeri Pahang meneruskan Program Bicara Dakwahnya bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Kuantan. Program yang berlangsung pada 28 Julai, di Pusat Aktiviti YADIM Negeri Pahang telah menarik hampir 50 orang peserta. Program ini dimulakan dengan Bicara Dakwah yang bertajuk ‘Seronoknya Cinta al-Quran’ yang telah dikendalikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustazah […]
YADIM Terengganu: Tahsin Al-Quran di Surau Asrama PERKAYA Marang

PROGRAM YADIM Interaktif: Tahsin Al-Quran diteruskan secara konsisten setiap bulan di Surau Asrama PERKAYA Marang, hasil kerjasama erat antara YADIM Negeri Terengganu dan pihak asrama. Pada 27 Julai, seramai 180 orang pelajar telah menyertai sesi talaqqi al-Quran yang dibimbing oleh 10 orang guru berpengalaman yang merupakan satu usaha berterusan dalam memperkemas bacaan dan mendekatkan pelajar […]
YADIM Kelantan: Majlis Motivasi Dan Konsultasi Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5

SEKITAR Majlis Motivasi Dan Konsultasi Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas di Dewan Sri Permata di sekolah berkenaan pada 28 Julai. Disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, ia disertai oleh seramai 300 pelajar dan ibu bapa mereka. Pengetua sekolah, Encik Mahasan Setapa, sebelum itu […]
Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor

LENSA Kuliah Bersemuka Maadah Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor 2025/Siri 6 di Pusat Dakwah OKU Pendengaran Selangor, Bangunan Perniagaan D’Kebun, Jalan Kebun, Klang pada 27 Julai. Program ini dianjurkan bersama oleh YADIM Negeri Selangor, Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor (AQPS) serta Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam […]
SEBATI MADANI Kampung Orang Asli Sungai Gapoi

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani sekali lagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi penganjurannya. Bentong, Pahang menjadi lokasi terbaharu program YADIM menyantuni rakyat ini yang berlangsung pada 27 Julai di Kampung Orang Asli Sungai Gapoi. Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti YADIM ini telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Bentong, Pejabat […]