JAKIM arah masjid, surau anjur solat hajat doakan misi Flotila ke Gaza hari ini

KUALA LUMPUR: Semua masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarahkan untuk mengadakan solat hajat hari ini, bagi mendoakan keselamatan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata solat hajat itu juga bertujuan […]
YADIM Kelantan: Program Jelajah Sedar Remaja Madani

PROGRAM Jelajah Sedar Remaja Madani bertemakan ‘Sayangi Diri, Tolak Vape’ Peringkat Negeri Kelantan telah melabuhkan tirainya menerusi penganjuran siri kesepuluh yang berlangsung pada 2 September di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat. Seramai 80 pelajar daripada pelbagai sekolah menengah di daerah Tumpat telah menyertai program ini. Mereka diberi pendedahan mengenai bahaya penggunaan vape, kepentingan mengamalkan gaya […]
Program Bicara Dakwah Madani Maulidur Rasul 1447H

BULAN Rabiulawal kembali lagi, bulan penuh rahmat yang menyaksikan kelahiran insan agung, Nabi Muhammad SAW – qudwah sepanjang zaman. Sempena menghidupkan bulan penuh sejarah ini, YADIM Negeri Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Haji Awang Chik, Batu Buruk serta Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung Persekutuan (JPKKP) Batu Buruk telah menganjurkan Program Bicara Dakwah Madani Maulidur Rasul 1447H […]
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang

BAGI Meraikan dan menghargai kakitangan yang berkhidmat dengan cemerlang, YADIM telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 dan Jasamu Dikenang pada 2 September. Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im […]
Seminar Pemantapan Aqidah 2025: Kajian Kitab Hasyiah Al-Syarqowi ‘ala Syarh Al-Hudhudi

YADIM Negeri Perak dengan kerjasama erat Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Nahdhatul Ulama Malaysia (NA’AM), Persatuan Darul Akhyar Malaysia, Akademi Ihya’ Turats dan Pusat Pengajian Nur As-Salam telah menganjurkan Seminar Pemantapan Aqidah 2025: Kajian Kitab Hasyiah Al-Syarqowi ‘ala Syarh Al-Hudhudi di Kem As-Salam, Sungai Siputeh, Selama. Program ini berlangsung pada 31 Ogos hingga 1 September, […]
Tausiyah YDP YADIM kepada pelatih PDMY

TAUSIAH Bersama Yang Dipertua YADIM menjadi tradisi setiap kali bermulanya sesi pengkaderan daie di YADIM. Untuk peserta Pondok Daie Muda YADIM (PDMY), sesi berkenaan diadakan pada 2 September di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) Hulu Langat, bersama Datuk Dr. Hasan Bahrom. Dalam pertemuan kali pertama ini, Datuk Dr. Hasan telah menitipkan beberapa pesanan untuk mereka, […]
YADIM Kelantan dengan menziarahi keluarga Puan Ismarida

SEPTEMBER dimulakan YADIM Negeri Kelantan dengan menziarahi keluarga Puan Ismarida Ismail di Kampung Telekong, Kuala Krai. Ibu tunggal ini tabah membesarkan lima orang anak istimewa, yang kesemuanya menimba ilmu di Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh, Kuala Krai. Sejak kehilangan suami dua tahun lalu, Puan Ismarida terpaksa bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan […]
Program Bicara Ilmu dan Ziarah Madani

SEMANGAT Ukhwah dan kebersamaan melalui aktiviti perkongsian ilmu dan santuni mad’u disemarakkan oleh YADIM Kedah dan Perlis melalui program Bicara Ilmu dan Ziarah Madani bersempena sambutan kemerdekaan yang diadakan di Surau Othmaniah, Chuping pada 31 Ogos. Program ini menghimpunkan Sukarelawan YADIM (SAY) Perlis dan penduduk setempat dalam aktiviti ini. Terlibat sama menjayakan program ialah kakitangan […]