Kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad

BAHAGIAN Pentadbiran YADIM telah menerima kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Encik Nik Mohd Izzat Nik Mohd Shukri, di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 12 Februari. Kunjungan hormat Pos Malaysia Berhad buat pertama kalinya ini bertujuan menyampaikan cadangan kerjasama antara Pos Malaysia Berhad dan YADIM. Sesi […]

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan RSY UM

SEKITAR Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Malaysia (UM) pada 12 Febuari. Majlis ini adalah bagi meraikan pimpinan RSY UM sesi 2025/2026 yang baharu dilantik bertempat di Dewan Gemilang Kursiah, Kolej Kediaman Ketiga UM bagi memberi ruang mereka menerajui RSY di unversiti berkenaan. Ia telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda […]

Kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

PEJABAT YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 11 Februari. Pertemuan selama lebih satu jam itu bagi membincangkan serta menjalinkan kerjasama secara intensif dalam pelaksanaan program-program Madani, khususnya yang berkaitan dengan perpaduan kaum. Pada masa yang sama ia juga bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara kedua-dua pihak […]

YADIM Negeri Sarawak bantu banjir di Bintulu

BANJIR Yang melanda Bintulu baru-baru ini mendapat perhatian YADIM Negeri Sarawak yang segera menggerakkan ejen dakwahnya ke lokasi bencana. Bersama-sama Sukarelawan YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen Kuching dengan kekuatan seramai 13 orang, mereka menempuh perjalanan selama 10 jam untuk sampai ke kawasan berkenaan pada 9 Februari. Diketuai oleh pegawai YADIM Sarawak Encik Zamri Bali, […]

Program gunting rambut percuma SAY Kuala Langat

CAKNA Dengan sesi persekolahan yang bakal dibuka semula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menganjurkan program gunting rambut percuma pada 11 Februari. Menyasarkan keluarga yang kurang berkemampuan, ia diadakan di Kedai Gunting Rambut Ceria di Jalan Bunga Raya, Kampung Sijangkang. Seramai 25 kanak-kanak yang menyertai program ini turut menerima cenderahati daripada […]

Perjumpaan Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Kelantan

SIRI Perjumpaan bersama Sukarelawan YADIM (SAY) Negeri Kelantan diteruskan pula bersama ahli di jajahan Bachok. Seramai 11 orang ahli SAY jajahan Bachok hadir dalam perjumpaan bersama pengurusan YADIM Negeri Kelantan dalam satu majlis pada 10 Februari. Perjumpaan ini bertujuan menghimpunkan sukarelawan dari jajahan ini untuk mengeratkan silaturrahim selain merancang gerak kerja badan dakwah ini sepanjang […]

Solat hajat mendoakan kesihatan YDPA

SATU Majlis ringkas Solat Hajat mendoakan kesihatan, keselamatan dan keberkatan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim anjuran YADIM, Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) dan Masjid Ibnu Mas’ud , Kuala Lumpur telah diadakan pada 10 Februari. Lebih 150 orang jemaah hadir terdiri daripada Ahli Jawatankuasa dan ahli PAMJ, […]

Sumbangan kepada RSY yang terlibat kemalangan

YADIM melalui Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) telah menyantuni pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu yang mengalami kecederaan selepas terbabit kemalangan. Hadir menyampaikan sumbangan berkenaan ialah Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat kepada RSY yang terlibat iaitu Muhamad Shahrulnizam Jamil, Nur Rusyda Zaidi dan Nur Saiyidah Mubarakah Mohd Faisal di IPG […]

Wacana Minda Madani bersama YBTM di POLISAS Kuantan

MENERUSKAN Inisiatif melestari gerakan dakwah menerusi jalur pendidikan, telah diadakan Wacana Minda Madani bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, pada 10 Februari. Kali ini Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM mengadakannya dengan kerjasama Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Program ini telah dihadiri lebih 200 orang […]

Jemaah Menteri tolak cadangan lantik menteri agama bukan Islam

PUCHONG: Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak cadangan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecah kepada dua.   Perdana Menteri berkata, ketika ini memadai dengan menteri dan jawatankuasa sedia ada yang menguruskan hal ehwal Islam serta agama lain.   Beliau juga berkata, Jemaah Menteri juga tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam […]