Malaysia rakan strategik utama dalam usaha Turkiye perkukuh hubungan Asia – Erdorgan

KUALA LUMPUR: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya, sekali gus menegaskan komitmen Turkiye dalam mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin. “Kami memulakan lawatan empat hari ini bagi memenuhi jemputan Malaysia, Indonesia dan Pakistan,” kata Erdogan dalam satu hantaran di akaun […]

KEMAS wujud 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz tahun ini

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperluaskan usaha melahirkan generasi huffaz cilik dengan menubuhkan 4,000 kelas TABIKA Pra Tahfiz membabitkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penubuhan kelas terbabit adalah sebagai komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan al-Quran terus menjadi tunjang membina generasi pewaris negara yang […]

MAIWP diarah teruskan usaha noktah kemiskinan tegar

MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diarah meneruskan usaha untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Wilayah Persekutuan selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, inisiatif tersebut perlu diteruskan dengan pelbagai skim bantuan bagi menyambut komitmen yang dinyatakan Perdana Menteri. Pada […]

Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye tawar biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Yayasan Hal Ehwal Agama Turkiye menawarkan biasiswa penuh kepada rakyat Malaysia yang berminat melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Fakulti Teologi dan International Hatip High Schools di negara itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata permohonan dibuka sehingga 28 Feb ini, sekali […]

Jakim, KPN anjur Dialog Harmoni promosi perpaduan – Mohd Na’im

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) untuk menganjurkan program Dialog Harmoni yang mempromosikan perpaduan dalam negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, kerjasama tersebut adalah selaras dengan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Februari lalu. Menurutnya, pada masa sama […]

JAKIM nasihat pendakwah bebas supaya tidak kenakan bayaran terlalu tinggi

LABUAN: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti. Ketua Pengarahnya Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi […]

Garis panduan majlis libatkan Muslim: Setiap dasar perlu ambil kira aspek perpaduan

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Setiap dasar yang dirangka perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu. Perkara itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi Jumaat selepas cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam telah menimbulkan […]

Elak Salah Faham Terhadap Garis Panduan Umat Islam, Kata Menteri Agama

KUALA LUMPUR: Garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam upcara bukan Islam perlu difahami sebaiknya demi mengukuhkan perpaduan dan persefahaman di antara kaum di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar meluahkan rasa kesal kerana cadangan garis panduan itu telah disalah faham oleh beberapa pihak. Memetik […]

Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain – PM Anwar

GOMBAK: Pendirian Malaysia adalah sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.   Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Gaza sebelum mengulas lanjut.   “Kita sedang teliti, kita teliti kenyataan dulu kemudian kita akan ulas.   “Gaza yang penting, […]

Keputusan Malaysia mulakan wakaf Gaza manifestasi keberanian moral dan tanggungjawab

Keputusan Malaysia untuk memulakan Wakaf Gaza, satu usaha mulia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, bukan sekadar inisiatif ekonomi atau diplomatik, tetapi satu manifestasi keberanian moral dan tanggungjawab sejarah terhadap isu Palestin. Keputusan ini mencerminkan prinsip ukhuwah Islamiyyah yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ: مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ، مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ […]