TERUS Menyantuni masyarakat, YADIM pada 26 Jun menyampaikan sumbangan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Abal, Pasir Puteh.

Seramai 100 pelajar sekolah tersebut menerima sumbangan beg dan baju sekolah daripada Persatuan Kebajikan Islam Lembaga Hasil Dalam Negeri yang diselaraskan YADIM.

Ia turut mendapat kerjasama Pertubuhan Komuniti Pasir Puteh dan Sukarelawan YADIM Pasir Puteh.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin.

Menurut beliau, inisiatif bertepatan dengan fungsi YADIM yang memfokuskan dalam pendidikan, sosial dan kebajikan.

Sementara itu hadir sama ialah Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Abal, Ustaz Muhammad Akasyah Mohamed Adnan, Guru Besar SK Bukit Abal, Encik Yasmi Sabri Yasim, Wakil Pertubuhan Komuniti Pasir Puteh, Dr. Shamsuddin Ghani serta Pengarah YADIM kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang.

Seramai 600 pelajar dari enam buah sekolah telah menerima manfaat program sama daripada sumbangan yang diselaraskan YADIM.