Ulama Syria puji umat Islam di Malaysia

NILAI – Ulama Syria, Syeikh Kurayyim Rajih memuji umat Islam di negara ini yang dilihat amat mementingkan al-Quran, hadis dan sunnah Rasulullah SAW sedangkan banyak negara Arab mengetepikannya. Bekas Mufti Mazhab Syafie di negara itu pada 1980-an, berkata beliau sudah merantau ke banyak negara Islam namun keadaan tidak sama seperti di negara ini. “Di Malaysia, […]

Malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu

KANGAR – Perkataan malaul ‘ala di dalam al-Quran tiada kena mengena dengan orang Melayu, sebaliknya merujuk kepada pembesar yang mempunyai pengikutnya yang sombong dan menentang para rasul. Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, perkataan itu yang banyak ditemukan di dalam al-Quran juga membawa maksud yang tidak baik. Beliau sehubungan itu menafikan dakwaan […]

Tidak terlewat menguasai al-Quran

HULU TERENGGANU 19 Jan.- Walaupun pernah ditertawakan rakan, namun tidak menghakis semangat seorang kakitangan awam, Wahi Muda,56, yang mula mencari kelas untuk belajar mendalami al-Quran, lima tahun lalu. Kesedaran datang sewaktu mendengar ceramah tentang betapa pentingnya penguasaan al- Quran dalam kehidupan seharian, dibaca, difahami untuk diambil iktibar, dan setelah menyedari betapa ceteknya ilmu, dia tidak […]

Johan berguru dengan Ustaz Kazim

MENYEDARI Islam menuntut penganutnya mendalami ilmu sehingga ke China, dia tekad meneruskan langkah ke India tiga tahun lalu semata-mata kerana mahu mendalami kitab suci al-Quran selain sebagai satu cara mendekatkan diri dengan jalan Allah. Berpegang kepada tuntutan itu, pelakon Johan As’ari membulatkan hati untuk tidak berhenti belajar menyelami ilmu kerohanian. Yang lebih menggembirakan jejaka berusia 31 […]

Merakyatkan al-Quran

KOTA BHARU 10 Jan.  – Satu kesan abadi rentetan tragedi kebakaran sebuah maahad tahfiz di Kuala Lumpur, berlandaskan kempen MyFamily #QuranHour, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) memperluaskan usaha memartabatkan institusi kekeluargaan dengan menganjurkan program RICH (Rahsia Insan Cemerlang Hidup). Memilih Masjid Mukim Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan sebagai lokasi program, waktu […]

‘Aisyah dijemput Ilahi di pangkuan saya ketika alun ayat suci al-Quran’ – ayah

SIAPA yang tidak mahu dijemput Ilahi dalam husnul khatimah? Hakikatnya, bukan semua daripada kita akan menjadi insan terpilih yang bertuah itu. Kisah seorang gadis cantik bernama Andi Aisyah Bahar menjadi tular baru-baru ini biarpun dia bukan daripada kalangan selebriti ternama. Aisyah, baru berusia 22 tahun dan berasal dari Makassar, Indonesia, meninggal dunia Khamis minggu lalu. […]