PULAU BANGGI – Sebaik mungkin kami berusaha menyantuni semua yang memerlukan dalam usaha dakwah. Kami mungkin tidak popular, sumbangan kami juga mungkin tidak besar, tetapi kami ada. Mengambil semangat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah hari ini (8 Februari) menempuh perjalanan sejauh 186 kilometer untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti Dusun Bonggi di Kampung Kalangkaman. […]