PULAU BANGGI – Sebaik mungkin kami berusaha menyantuni semua yang memerlukan dalam usaha dakwah. Kami mungkin tidak popular, sumbangan kami juga mungkin tidak besar, tetapi kami ada.
Mengambil semangat itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah hari ini (8 Februari) menempuh perjalanan sejauh 186 kilometer untuk menyampaikan sumbangan kepada komuniti Dusun Bonggi di Kampung Kalangkaman.
Konvoi perjalanan mengambil masa tiga jam dengan kereta dari Kota Kinabalu ke Pekan Kudat sebelum menempuh sejam perjalanan menaiki feri dari pekan tersebut.
Konvoi kemudiannya mengambil masa sejam lagi dari Pekan Karakit Banggi sebelum sampai ke lokasi program. Secara keseluruhannya, YADIM Sabah mengambil masa enam jam sebelum sampai ke lokasi program hari ini.
Program dengan kerjasama RTM Sabah ini menyantuni 100 keluarga Dusun Bonggi di kampung tersebut dengan pengagihan bakul makanan.
YADIM diketuai Pengarah YADIM Sabah Haji Samin Ongki sementara RTM Sabah pula oleh Pengarah Penyiaran Sabah Hajah Nor’ain Bakir. Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat N 1 Banggi, Tuan Haji Akram Ismail.
Walaupun hanya sekitar 30 peratus penduduk kampung ini beragama Islam, YADIM Sabah memilihnya sebagai lokasi program kerana bantuan YADIM tidak mengira agama, kepercayaan dan bangsa.
Penat jerih mengharungi perjalanan jauh hilang apabila melihat wajah penduduk kampung yang ceria menerima sumbangan.
Pada masa yang sama, YADIM dan RTM turut menyantuni anggota polis dan petugas perubatan di pulau ini menerusi sumbangan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka.

Artikel Berkaitan

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Pertandingan TikTok Dakwah Challenge YADIM 2025

PERTANDINGAN TIKTOK DAKWAH CHALLENGE YADIM bersempena Program Dakwah Negara 2025! Tema: “Membangun Adab, Membina Negara” Khusus untuk belia berusia 13-30 tahun Cipta

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *