Tiada vaksin palsu di Malaysia

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin Mencevax ACWY palsu yang dikesan di Republik Niger tidak pernah diimport untuk kegunaan rakyat Malaysia. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pengesahan itu berdasarkan semakan pada vaksin dengan nombor kelompok dinyatakan dalam amaran dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 28 Mac lalu itu. Katanya, kali terakhir […]