UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa

KUALA LUMPUR –  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatat sejarah menjadi universiti pertama di negara ini yang tersenarai sebagai finalis untuk dua penganugerahan lestari antarabangsa. Dua anugerah berkenaan ialah Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Dunia dan Anugerah Memanfaatkan Masyarakat menerusi program LIGHT (Leadership, Intuititive, Giving, Humility, Tenacity)  anjuran Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar. […]