Home » Langit Terbuka » UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa

UIAM tersenarai finalis dua anugerah lestari antarabangsa

KUALA LUMPUR –  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencatat sejarah menjadi universiti pertama di negara ini yang tersenarai sebagai finalis untuk dua penganugerahan lestari antarabangsa.

Dua anugerah berkenaan ialah Anugerah Green Gown Antarabangsa dalam kategori Institusi Lestari Terbaik Dunia dan Anugerah Memanfaatkan Masyarakat menerusi program LIGHT (Leadership, Intuititive, Giving, Humility, Tenacity)  anjuran Kulliyyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar.

Rektor UIAM Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak berkata ia adalah satu pengiktirafan besar buat universiti berkenaan dalam usaha melakukan transformasi institusi untuk kelestarian.

“Transformasi ini adalah untuk mencapai tiga objektif utama iaitu untuk menjadikan UIAM sebagai institusi yang lestari dan sejahtera serta memperkasakan masyarakat sekitar,” katanya dalam satu kenyataan pada 27 Mei.

Anugerah itu mendapat sokongan daripada United Nation (UN) Environment, International Association of Universities (IAU) dan The Association of Commonwealth Universities (ACU).

UIAM berada dalam senarai akhir bersama 12 universiti lain termasuk dari Australia, Britain, Columbia, Mexico dan Peru. Pemenang anugerah akan diumumkan pada 8 Julai bersempena dengan ‘United Nations High Level Political Forum’ yang dilakukan secara maya. – Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *