Personaliti agama dilantik Ahli Lembaga Pengarah USIM

SEREMBAN – Personaliti agama yang sering muncul sebagai moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV1 dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa, Mohd. Hariri Mohammad Daud, 35, dilantik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu. Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan itu dipersetujui oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee […]