Mangsa kepala air di Kampung Pauh terima bantuan

YAN – Mangsa kejadian kepala air di daerah ini masih belum benar benar pulih. Kediaman masih belum sempat dibersihkan, kenderaan belum dibaiki, jalan masih rosak dan pelbagai lagi perkara yang perlu dilakukan untuk menjadikannya seperti sebelum bencana. Antara kawasan terjejas teruk termasuklah Kampung Pauh, Kampung Perigi, Kampung Sungai Udang Atas, Kampung Tohor dan Kampung Setul […]