Siri Ke-5 Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman 2022

KUALA TERENGGANU – Kembara Aspirasi Remaja Darul Iman kini memasuki siri kelima penganjurannya. Kali ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu di sini pada 17 Ogos dengan seramai 141 orang pelajar menyertainya. Program diisi dengan pengisian ilmu berkaitan pergaulan antara lelaki dan wanita (ikhtilat) serta perkara-perkara berkaitan jatidiri dan akhlak remaja Islam. […]