Tangguh aktiviti masjid, surau dilanjut, kata menteri agama

PETALING JAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencadangkan aktiviti melibatkan masjid dan surau termasuk menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dilanjutkan sehingga tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir. Zulkifli berkata, cadangan berkenaan dibuat selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan tempoh PKP sehingga 14 April depan, berdasarkan peningkatan kes […]