Pindaan undang-undang hukuman lebih berat kes pemandu mabuk dimuktamad Jun

PETALING JAYA – Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata susulan itu, beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. […]

Rujuk maqasid syariah dalam menghukum

IPOH – Hukuman berat ke atas pemandu mabuk boleh dilaksanakan berdasarkan maqasid syariah (tujuan syariat) yang menekankan keselamatan agama, penjagaan nyawa, akal, keturunan dan harta.null Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, dengan kes kematian disebabkan pemandu mabuk semakin meningkat, semua pihak sepatutnya memahami prinsip memelihara nyawa itu adalah penting. “Syariat Islam datang antaranya untuk […]

Syor hukuman penjara 20 tahun kepada pemandu mabuk

PUTRAJAYA – Pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong. Beliau berkata, Kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mengenakan hukuman yang lebih berat […]