Lelaki bakar kereta Mufti Perlis diberkas, Mee Tomoi diburu

KANGAR – Setelah hampir dua bulan melarikan diri, seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab membakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin pada Mac lalu, akhirnya diberkas polis di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau dekat sini, semalam. Tangkapan hasil maklumat awam dan risikan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, […]