Tiada cukai baharu dalam Belanjawan 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu termasuk cukai warisan dalam pembentangan Belanjawan 2020 nanti, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Tiada kemungkinan akan ada cukai baharu yang akan dilaksanakan, (ini kerana) kerajaan mahu melaksanakannya pada awal (tahun), bukan di pertengahan (tahun),” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai […]