Raja Muda Perlis rasmi penubuhan UMAM

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM). Istana Arau dalam kenyataan hari ini berkata majlis perasmian disempurnakan oleh baginda yang terdahulu berangkat ke Hotel Seri Malaysia Kangar bagi merasmikan ‘International Summit on Knowledge Advancement (ISKA) bagi tahun 2022’ Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Umum […]

Dakwah berhemah menepati komposisi masyarakat berbilang kaum, agama

Fiqh taghyir di Jawi

KUALA LUMPUR – Usaha mengajak ke arah makruf dan mencegah kemungkaran perlu di lakukan ibarat menarik rambut dalam tepung. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail, bertitah pendekatan berhemah harus ditekankan kerana masyarakat di negara ini terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Baginda bertitah, istilah mengelakkan mudarat lebih utama dari mendatangkan manfaat perlu diberikan penekanan, […]

Tingkatkan syiar Islam

KANGAR – Agama Islam yang syumul dan menyeluruh bukan sahaja membimbing manusia kepada kesejahteraan bahkan memimpin manusia memperoleh kejayaan dalam kehidupan. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hal demikian perlu diterapkan oleh seluruh umat Islam bagi memperolehi kesejahteraan dunia dan akhirat. “Selain itu, penyatuan masyarakat Islam di Perlis dan di Wilayah Andaman, […]

Ketepikan perbezaan sesama umat Islam

KANGAR – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan seluruh umat Islam agar mengenepikan perbezaan sebaliknya meraikan persamaan dalam ajaran Islam. Titah baginda, apabila berlaku sesuatu perbezaan maka ingatlah bahawa persamaan sesama umat Islam lebih banyak iaitu Allah yang satu, rasul, kitab, imam, nasab dan sebagainya. “Oleh itu, kesatuan dan persaudaraan haruslah diupayakan […]