Home » Langit Terbuka » Raja Muda Perlis rasmi penubuhan UMAM

Raja Muda Perlis rasmi penubuhan UMAM

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tujuh dari kiri) berkenan merasmikan penubuhan UMAM di Hotel Seri Malaysia, Kangar, Perlis, hari ini. - Foto Arkib

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM).

Istana Arau dalam kenyataan hari ini berkata majlis perasmian disempurnakan oleh baginda yang terdahulu berangkat ke Hotel Seri Malaysia Kangar bagi merasmikan ‘International Summit on Knowledge Advancement (ISKA) bagi tahun 2022’

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Prof Dr Haedar Nashir dan Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang, Bambang Suharto.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah budaya berilmu adalah sesuatu yang penting kerana kepincangan yang boleh merosakkan akidah dan akhlak manusia boleh berlaku tanpa ilmu yang mencukupi.

“Seminar seperti ini adalah menjadi wadah kepada penghasilan ilmu baharu yang saban hari dapat membantu kemaslahatan ummah masa kini.

“Keberhasilan ini dapat diangkat ke peringkat lebih tinggi serta mampu melahirkan modal insan yang mempunyai ‘wisdom’, yakni ‘hikmah kebijaksanaan’ yang pelbagai’,” titah banginda yang dipetik kenyataan itu di sini.

Baginda turut berkenan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara UMAM dengan lima buah universiti di Indonesia iaitu Universiti Muhammadiyah Kalimantan Timur, Universiti Muhammadiyah Tanggerang, Universiti Muhammadiyah Sumatera Utara, Universiti Muhammadiyah Riau dan Universiti Muhammadiyah Bangka Belitung. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *