Selidik maklumat sebelum sebar

KUALA LUMPUR – Rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan coronavirus baharu (2019-nCoV) di negara ini. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata masyarakat juga diminta mematuhi nasihat pihak berkuasa. Pada masa sama, katanya, masyarakat perlu bersama-sama menjadi ejen membanteras berita palsu yang kebelakangan […]

Ibu bapa perlu semak pusat tahfiz

KUALA LUMPUR – Golongan ibu bapa perlu membuat semakan terlebih dahulu sebelum memilih sesebuah sekolah tahfiz untuk anak mereka. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, selain pihak berkuasa, peranan masyarakat sekeliling turut dapat membantu memantau insiden yang tidak diingini berlaku di pusat tersebut. Beliau menegaskan dengan cara demikian insiden penderaan […]

Sijil halal: Jakim siasat aduan salah laku

KUANTAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa mengambil berat dakwaan berlakunya salah laku oleh pegawainya dalam proses pemberian pensijilan halal. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, permintaannya sebelum ini supaya pihak yang membuat dakwaan berkenaan supaya menyertakan bukti tidak bermakna tiada sebarang siasatan dibuat berkenaan perkara itu. “Sesiapa saja boleh datang […]

Umat Islam boleh semak arah kiblat hari ini

SHAH ALAM – Umat Islam di negara ini boleh menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham petang ini. Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada jam 5.28 petang waktu Malaysia. Menurutnya, pada waktu tersebut umat Islam berpeluang melakukan semakan arah […]

Kod ‘E’ bukan bermakna semua produk makanan ada ramuan haram

KANGAR – Tidak semua produk makanan yang tertera kod ‘E’ adalah haram, kata Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee. Katanya kod tersebut diguna pakai bagi menerangkan mengenai bahan tambah (aditif) dalam sesuatu produk makanan. “Tidak semua produk yang tertera kod E haram kerana ada bahan tambah daripada […]