Jangan bimbang beli keropok udang

IPOH 10 Jan. – Hanya satu jenama produk keropok udang yang dipasarkan di Perak tidak mempunyai pensijilan halal manakala enam lagi produk keropok itu mempunyai pensijilan halal yang sah. Perkara itu disahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak selepas mengadakan pemeriksaan susulan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) sepanjang lebuhraya di Perak […]