Badan-badan Islam harus waspada dengan anasir kumpulan pengganas

KUALA LUMPUR – Semua badan-badan Islam harus berwaspada terhadap sebarang anasir golongan fanatik yang memupuk ideologi keganasan serta bergerak mempergunakan nama Islam. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia selaras dengan pegangan Islam yang membawa mesej kerukunan serta menentang segala bentuk keganasan. “Saya mengutuk keras tindakan kumpulan militan Daesh yang mengaku melakukan siri serangan bunuh diri […]

Tragedi Sri Lanka jenayah di luar norma manusia – Mufti Wilayah

PUTRAJAYA – Semua pihak digesa supaya tidak menunding jari dan menuduh secara melulu, sebelum pihak berkuasa Sri Lanka menangkap dalang yang bertanggungjawab dalam serangan pengeboman ke atas beberapa hotel dan gereja di negara itu, Ahad lalu. Menzahirkan rasa sedih dan sebak terhadap siri letupan yang mengorbankan 290 nyawa itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr […]

Iktibar Di Sri Lanka : Yadim Ajak Kekalkan Keharmonian

 PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mengajak seluruh masyarakat Malaysia mengambil iktibar terhadap kejadian pengeboman di tempat ibadah di Sri Lanka sehingga mengorbankan lebih 200 orang, bahawa betapa pentingnya keharmonian dan kedamaian dikekalkan di negara ini.

Mujahid kutuk serangan di Sri Lanka

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengutuk sekeras-kerasnya insiden keganasan di Sri Lanka ketika penganut Kristian merayakan sambutan perayaan Easter, semalam. Katanya tindakan menceroboh atau merosakkan mana-mana rumah ibadat bukan sahaja membangkitkan kemarahan tetapi turut menyebabkan kebencian antara agama. Beliau berkata Islam turut menolak semua bentuk keganasan yang melibatkan […]

Universiti al-Azhar mengutuk serangan pengganas di Sri Lanka

KAHERAH – Universiti al-Azhar mengutuk serangan ‘pengganas’ melibatkan hotel dan gereja ketika sambutan Easter yang mengorbankan 207 nyawa di Sri Lanka, hari ini. Menurut Imam Besar institusi itu, Sheikh Ahmed al-Tayeb, beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang manusia boleh membuat serangan pada keamanan ketika hari sambutan berkenaan. “Perlakuan pengganas-pengganas ini bertentangan dengan ajaran semua agama. […]