Jangan jadikan masjid tempat tanam politik kebencian

PARIT BUNTAR – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang menjadikan masjid sebagai tempat untuk menanamkan politik kebencian pada bulan Ramadan yang akan disambut tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata ia perlu bagi memastikan masjid bebas daripada politik kepartian dan pengaruh yang boleh memecahbelahkan umat Islam […]

Kerajaan bertindak cepat dakwa pihak hina nabi

PARIT BUNTAR – Kerajaan sentiasa bertindak tegas dan akan mengambil tindakan pantas terhadap mana-mana individu atau pihak yang menghina agama serta kaum. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengambil contoh kes terbaharu apabila dua individu menghina Nabi Muhammad SAW yang tular di Facebook baru-baru ini, mereka didakwa di mahkamah dalam tempoh […]

Jaga sensitiviti agama lain

SHAH ALAM – Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggesa semua pihak lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan bangsa lain. Kenyataan itu dikeluarkan susulan tindakan seorang pengguna Facebook bernama Foo Sing Wai menyiarkan grafik menghina Rasulullah SAW dan agama Islam khususnya. “Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan pihak Kementerian Komunikasi […]

Tauliah khas kawal lambakan penceramah agama

KUALA LUMPUR – Pertauliahan khas yang dikeluarkan jabatan agama Islam di setiap negeri masih relevan dalam mengekang ‘lambakan’ penceramah bebas dalam menyampaikan ceramah agama di mana-mana platform termasuk media sosial,  kata Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd Wahid. Tegas beliau, individu yang tidak memiliki tauliah khas sebagai penceramah agama adalah dilarang daripada menyampaikan ceramah dan […]