Abim tolak pelawaan China lawat Xinjiang

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke wilayah itu. Jemputan itu dibuat susulan beberapa perhimpunan yang diadakan di luar kedutaan China di Kuala Lumpur, yang menyaksikan pegawainya enggan menerima memorandum yang membantah pelanggaran hak asasi manusia yang mensasarkan umat Islam di Xinjiang […]

Tiada keperluan perkenal akta baharu berkaitan halal

PARIT BUNTAR – Tiada keperluan untuk menggubal akta baharu berkaitan pensijilan halal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Beliau berkata ini kerana terdapat akta sedia ada bagi mengawal penggunaan label pensijilan logo halal ke atas pembekalan produk, sama ada makanan atau perubatan kepada pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam […]

Gembira undang-undang perkasa peguam syarie diluluskan

KUALA LUMPUR – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) gembira apabila Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat. Presidennya, Musa Awang berkata, ini memandangkan persatuan sendiri daripada awal terlibat dalam usaha menggesa kerajaan menggubal undang-undang berkenaan bertujuan mengangkat profesionalisme peguam-peguam syarie di negara ini. Pada masa sama beliau berkata, walaupun […]

Penyeragaman fatwa dan undang-undang syariah beri keadilan kepada semua pihak

KUALA LUMPUR – Penyeragaman fatwa serta undang-undang syariah perlu bagi memperkasakan undang-undang syariah agar ia dapat memberikan keadilan dan rahmat kepada semua pihak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Perkara itu selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengesyorkan supaya wujud penyelarasan fatwa […]

Cadangan seragam undang-undang kesalahan jenayah syariah akan dipersembah kepada Raja-raja

KANGAR – Kerajaan akan menghadap Majlis Raja-raja tidak lama lagi berhubung cadangan untuk menyeragamkan undang-undang kesalahan jenayah syariah antara negeri-negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Pada masa ini, undang-undang berkenaan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain. Raja-raja adalah ketua agama di negeri masing-masing. Sehubungan itu, Mujahid berkata […]