Home » Langit Terbuka » Abim tolak pelawaan China lawat Xinjiang

Abim tolak pelawaan China lawat Xinjiang

Abim menegaskan Beijing mesti menghapuskan undang-undang zalim di Xinjiang, termasuk larangan memakai tudung, menyimpan janggut dan memakan makanan halal terhadap umat Islam. - Foto hiasan BenarNews

PETALING JAYA – Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menolak pelawaan kerajaan China terhadap pengkritik dasarnya di Xinjiang supaya melawat ke wilayah itu.

Jemputan itu dibuat susulan beberapa perhimpunan yang diadakan di luar kedutaan China di Kuala Lumpur, yang menyaksikan pegawainya enggan menerima memorandum yang membantah pelanggaran hak asasi manusia yang mensasarkan umat Islam di Xinjiang seperti yang dilaporkan secara meluas.

“Abim mengulangi bahawa China sepatutnya berhenti bermain dengan propaganda politik sejak sebarang usaha untuk menutup penindasan terhadap kumpulan etnik Uighur adalah sia-sia kerana siri kekejaman yang dilakukan oleh mereka terdedah secara konsisten dari masa ke semasa,” kata organisasi itu.

China didakwa memaksa minoriti Islam Uighur di Xinjiang tinggal di kem tahanan, di mana Beijing merujuknya sebagai “kem latihan” untuk memulihkan “militan”.

Presiden Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata Beijing mesti menghapuskan undang-undang zalim di Xinjiang, termasuk larangan memakai tudung, menyimpan janggut dan memakan makanan halal terhadap umat Islam.

“Peruntukan undang-undang yang menindas ini memberi ruang kepada pihak berkuasa menyalahgunakan hak-hak asas masyarakat Uighur dengan menafsirkan sebarang amalan agama sebagai sama dengan definisi atau simbol ekstremisme dan radikalisme,” tambahnya.

Faisal menggesa China membenarkan akses kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memantau keadaan di Xinjiang.

Beliau berkata Abim terbuka untuk terlibat secara positif dengan kerajaan China berhubung isu itu.

“Malah, panda dan bunga yang dibawa oleh Abim semasa protes tempoh hari adalah simbol harapan aman kami untuk mencapai komitmen tersebut,” katanya. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *