Hasil kajian indeks syariah diketahui akhir tahun

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Keputusan penyelidikan mengenai urusan pentadbiran negara yang diukur melalui Indeks Syariah Malaysia (ISM) akan diketahui akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Beliau berkata penyelidikan itu merangkumi lapan sektor utama iaitu undang-undang, ekonomi, kesihatan, pendidikan, politik, sosial, budaya dan prasarana persekitaran. […]