YADIM mahu lahir lebih ramai kakitangannya jadi pendakwah bertauliah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berhasrat melahirkan lebih ramai pendakwah bertauliah di kalangan kakitangannya dalam usaha menyebar luas kegiatan syiar Islam. Ia juga bagi meninggikan lagi martabat Islam dan kesejahteraan ummah. Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, Zamri Zainal Abidin berkata, ia selaras dengan visinya untuk menjadikan YADIM sebagai hab pendakwah bertauliah di negara […]