Kutipan zakat Pulau Pinang naik kepada RM121.48 juta

GEORGE TOWN – Kutipan zakat di Pulau Pinang meningkat 1.46% kepada RM121.48 juta melibatkan 67,149 pembayar pada tahun lepas berbanding RM119.73 juta dengan 65,706 pembayar pada 2018. Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) Abdul Malik Abul Kassim berkata, daripada jumlah itu, zakat harta mencatat peningkatan 1.34% daripada RM114.83 juta pada 2018 kepada RM116.37 juta tahun lepas. […]