Home » Langit Terbuka » Kutipan zakat Pulau Pinang naik kepada RM121.48 juta

Kutipan zakat Pulau Pinang naik kepada RM121.48 juta

ZPP berjaya mengagihkan RM110.98 juta atau 91% daripada jumlah kutipan zakat sepanjang tahun lepas . - Foto ZakatPenang

GEORGE TOWN – Kutipan zakat di Pulau Pinang meningkat 1.46% kepada RM121.48 juta melibatkan 67,149 pembayar pada tahun lepas berbanding RM119.73 juta dengan 65,706 pembayar pada 2018.

Pengerusi Zakat Pulau Pinang (ZPP) Abdul Malik Abul Kassim berkata, daripada jumlah itu, zakat harta mencatat peningkatan 1.34% daripada RM114.83 juta pada 2018 kepada RM116.37 juta tahun lepas.

“Manakala zakat fitrah pula mencatatkan kutipan RM5.06 juta pada 2019 berbanding RM4.9 juta pada tahun sebelumnya, iaitu peningkatan 3.23%,” katanya pada sidang media di sini pada 13 Januari.

Beliau berkata, kutipan zakat menerusi skim potongan gaji menunjukkan peningkatan 8.01% kepada RM52.47 juta tahun lepas berbanding RM48.68 juta tahun terdahulu.

Manakala itu, kutipan zakat perniagaan pula menurun 23.74% pada 2019 kepada RM25.34 juta berbanding RM33.23 juta pada 2018.

Menurut Abdul Malik, ZPP berjaya mengagihkan RM110.98 juta atau 91% daripada jumlah kutipan zakat sepanjang tahun lepas berbanding RM103.76 pada 2018, peningkatan 6.96%. – Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *