YADIM terima kunjungan wakil Arab Saudi

PUTRAJAYA 6 Mac – Pada 28 Februari lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menerima kunjungan daripada ahli rombongan Raja Salman yang mengadakan kunjung hormat ke negara ini selama empat hari mulai 26 Februari lalu. Wakil Arab Saudi itu terdiri daripada Dr Ahmad Jilan dan Dr Rasyid Zahrani dari Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi […]
Wanita Kristian Aceh, pilih hukuman syariah

PUTRAJAYA 7 Mac : Wanita Kristian yang didakwa dikenakan hukuman Hudud di Acheh, Indonesia yang menjadi viral di Malaysia sehingga digunakan sebagai hujah oleh golongan bukan Islam dan anti Pindaan RUU 355 khasnya kumpulan BEBAS tempoh hari bahawa Hudud juga dikenakan ke atas golongan bukan Islam sebenarnya memilih untuk dihukum cara Syariah dengan kehendaknya sendiri […]
Usah spekulasi kehilangan Pastor Raymond

GEORGETOWN 7 Mac – Polis meminta agar pihak yang tidak berkenaan termasuk media tidak membuat spekulasi terhadap kejadian culik Pastor Raymond Koh Keng Joo, Februari lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, spekulasi dan dakwaan yang dibuat menyukarkan polis dalam menjalankan siasatan selain membahayakan nyawa mangsa. Khalid juga meminta media agar tidak […]
Minta ubah arah kiblat

BALI 6 Mac i: Polis menahan seorang wanita yang cuba menyelinap masuk ke dalam sebuah hotel mewah yang didiami Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Nusa Dua, di sini kelmarin. Jurucakap polis berkata, wanita yang dikenali sebagai Dewi Palapa, 41, itu ditangkap cuba masuk ke Hotel St Regis, tempat Raja Salman dan […]
600 hadir Forum Perdana

KOTA BHARU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)Kelantan telah mengadakan program Forum Perdana Ehwal Islam yang dihadiri oleh 600 orang pada 2 Mac 2017 bertempat di Dataran Kolej Poly-Tech Mara (Kptm) Kota Bharu, Kelantan. Program ini turut dianjurkan bersama oleh Kolej Poly-Tech Mara (Kptm) Kota Bharu, Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Ahli […]
Memantapkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

KUALA TERENGGANU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program Wacana Pemantapan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 2 Mac 2017 lalu bertempat Masjid Chalok Terap, Setiu, dekat sini. Dalam program itu, seramai 300 orang telah hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Ustaz Abdul […]
Mufti Pulau Pinang nasihat penentang Zakir Naik jangan jadi seperti burung unta

GEORGETOWN, 6 Mac – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor mengingatkan penentang penceramah terkenal, Dr Zakir Naik supaya tidak menjadi seperti burung unta. “Saya ikuti dengan perasaan jengkel tindakan 19 individu memfailkan saman terhadap pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik bersama Kerajaan Malaysia. “Sikap sedemikian boleh diumpamakan seperti burung unta yang menyembunyikan kepala […]
110 mati kebuluran di Somalia

MOGADISHU – SOMALIA, 6 Mac -. Sekurang-kurangnya 110 mati kebuluran di Somalia dalam tempoh lebih 48 jam di tengah-tengah kemarau yang sedang melanda negara Afrika Timur terbabit. Kelmarin, Perdana Menteri, Hassan Ali Khayre mengumumkan perkara mengejutkan itu ketika mesyuarat bersama Jawatankuasa Kemarau Kebangsaan selain turut memberitahu kesemua kematian itu berlaku di wilayah Bay. Difahamkan, ia […]
Warga 6 negara Islam tetap disekat

WASHINGTON, 7 Mac – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump malam tadi menandatangani arahan eksekutif dipinda yang menyekat kemasukan pelarian dan warga dari enam negara Islam namun mengecualikan warga Iraq serta penduduk tetap. Arahan eksekutif keduanya itu menyekat kemasukan pelarian selama 120 hari serta menghentikan visa baru untuk warga Syria, Iran, Libya, Somali, Yaman dan Sudan. […]
Hormat-menghormati jaga keharmonian negara

KUALA LUMPUR 6 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menekan aspek saling hormat-menghormati negara dalam menjaga keharmonian negara. Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, harus kita berikan tumpuan dalam menjaga kedaulatan dan keharmonian. “Ini adalah kekuatan yang ada di negara kita yang dibanggai semua orang. “Dan…inilah […]