Home » Citra Yadim » Memantapkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Memantapkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

KUALA TERENGGANU 6 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah mengadakan program Wacana Pemantapan Ahli Sunnah Wal Jamaah pada 2 Mac 2017 lalu bertempat Masjid Chalok Terap, Setiu, dekat sini.

Dalam program itu, seramai 300 orang telah hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Ustaz Abdul Halim Awang.

Selain YADIM, program ini juga dianjurkan bersama oleh Pejabat Agama Daerah Setiu, Jawatankuasa Masjid Kampung Gong Terap dan Jawatankuasa 3K kawasan berkenaan.

Antara lain program ini bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat tentang penerpan nilai-nilai Islam dalam dasar pentadbiran negara, memupuk semangat cintakan agama dan tanahair serta memanfaatkan masjid sebagai pusat pengembangan ilmu pengetahuan.

Melalui program ini juga diharapkan dapat mengurangkan persepsi negatif masyarakat luar bandar tentang usaha-usaha murni pihak kerajaan dalam membangunkan Islam di Malaysia serta dapat mengintergrasikan kegiatan dakwah di antara YADIM dengan agensi serta pimpinan setempat bagi mempromosikan aktiviti dakwah YADIM.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *