Agihan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat

LENSA Agihan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat di Kampung Sungai Rambai, Telok Mengkuang dan Kampung Judah Pulau Carey pada 27 Oktober. Dua puluh keluarga miskin, anak yatim fan warga emas menerima sumbangan makanan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Haji Mahidin dan Ahli Jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob. SAY […]

YADIM Interaktif di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang

LENSA Program YADIM Interaktif bertajuk ‘Qudwah Hasanah & Al-Aqsa’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang pada 27 Oktober. Dianjurkan YADIM Pulau Pinang, ia bertujuan bagi memupuk rasa cinta dan sayang terhadap bumi serta saudara seagama di bumi Palestin bermula daripada bangku sekolah lagi. Ia juga mengambil semangat ucapan Perdana Menteri,Yang Amat […]

YADIM Selangor: Program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor

BUAT pertama kalinya YADIM Selangor telah menjadi tuan rumah bagi kerjasama program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor Tahun 2024 yang dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor. Program ini bertujuan untuk mencipta ruang kerjasama dan mewujudkan hubungan strategik dalam program-program Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor tahun 2024. Program seharian ini melibatkan sesi […]

SPIKEM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi lokasi terbaharu penganjuran Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) 2023 selepas ia diadakan dengan jayanya pada 26 Oktober. Mengangkat tema “Masyarakat Majmuk Dalam Pembentukan Negara Madani”, siri kelima SPIKEM itu dianjurkan YADIM dengan kerjasama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam UKM bertempat di Dewan […]

Pelatih ADMY mengurus jenazah

PELATIH Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 terus diberi latihan dan pengalaman sebenar dunia dakwah. Bertempat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur pada 25 Oktober, seramai 28 pelatih diberi latihan bagaimana untuk mengurus jenazah, bermula dari memandikan hingga mengebumikan. Dipandu oleh pegawai-pegawai terlatih daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, mereka menguruskan jenazah seorang […]

Perbincangan mengenai pelaksanaan Seminar Malaysia MADANI: Persepektif Maqasid Syariah

KOMITED Untuk terus menganjurkan program mengukuhkan kefahaman Malaysia Madani, satu perbincangan mengenai pelaksanaan Seminar Malaysia MADANI: Persepektif Maqasid Syariah telah berlangsung pada 24 Oktober. Ia melibatkan YADIM, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Akademi Ibnu Abbas, Akademi NUNJI dan Yayasan Canselor UKM. Diadakan di pejabat JKOM di Putrajaya, penganjuran seminar ITU nania berhasrat mencerdaskan pemikiran masyarakat tentang […]

Kunjung Hormat RSY Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

BUAT Pertama kalinya Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan kunjung hormat ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya pada 25 Oktober. Seramai 28 pimpinan RSY UPSI sesi 2023/2024 bersama penasihat mereka, Muhammad Hamdi Azmi disambut pegawai pegawai Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan diberikan taklimat gerak kerja terkini badan dakwah ini. […]

YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

PROGRAM Aspirasi Remaja Madani anjuran YADIM Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok telah berlangsung pada 24 Oktober. Seramai 660 orang pelajar dan guru memenuhi dewan sekolah, lokasi program berkenaan berlangsung. Program ini menampilkan mantan Timbalan Yang Dipertua IKRAM Kemaman, Ustaz Idris Kassim, sebagai penceramah jemputan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bukit Mentok, […]

YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk di Himpunan Malaysia Bersama Palestin

UNTUK Kemudahan peserta Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam ini (24 Oktober) menunaikan solat, YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk. Terletak di tempat meletak kenderaan bahagian belakang Axiata Arena, sebanyak enam tangki besar air disediakan. Setiap tangki memuatkan 1,000 liter dan mempunyai empat pili air. Sehingga 24 orang peserta boleh mengambil wuduk dengan serentak. Kakitangan YADIM juga […]

Solat Jenazah Ghaib untuk syuhada’ yang terkorban di Gaz@

SENTIASA Sokong dan tunjukkan solidariti. Terus menunjukkan kebersamaan dan menyokong perjuangan saudara-saudara di P@lestin, YADIM pada 24 Oktober mengadakan Solat Jenazah Ghaib untuk para syahid dan saudara yang terkorban di Gaz@ angkara konflik dan kekejaman rejim Zioni$. Diadakan di ibu pejabat Putrajaya, pegawai dan kakitangan melapangkan sedikit masa untuk tujuan ini di sebalik kesibukan menjalankan […]