Home » Citra Yadim » YADIM Selangor: Program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor

YADIM Selangor: Program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor

BUAT pertama kalinya YADIM Selangor telah menjadi tuan rumah bagi kerjasama program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor Tahun 2024 yang dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor.
Program ini bertujuan untuk mencipta ruang kerjasama dan mewujudkan hubungan strategik dalam program-program Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor tahun 2024.
Program seharian ini melibatkan sesi brainstorming dan pembentangan wakil-wakil pegawai Pejabat Belia Daerah dan Sukan seluruh Selangor, Majlis Belia Negeri dan Daerah serta wakil Majlis Sukan Negara.
Selain itu, sesi perkongsian “A Day With YADIM” telah disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup.
Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam arena belia telah membuka ruang bagi pihak Jabatan Belia dan Sukan untuk kerjasama bersama YADIM berdasarkan 9 signature program badan dakwah ini yang berkait rapat dengan Inisiatif baharu 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Seterusnya, ucapan perasmian penutup telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Puan Azura Haji Sarbin, manakala Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof menyampaikan ucapan aluan selaku tuan rumah di ibu pejabat YADIM Putrajaya.
Turut hadir ke program ini ialah Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Dato’ Mohd Imran Tamrin serta Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *