Home » Citra Yadim » Kunjung Hormat RSY Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Kunjung Hormat RSY Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

BUAT Pertama kalinya Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan kunjung hormat ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya pada 25 Oktober.
Seramai 28 pimpinan RSY UPSI sesi 2023/2024 bersama penasihat mereka, Muhammad Hamdi Azmi disambut pegawai pegawai Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan diberikan taklimat gerak kerja terkini badan dakwah ini.
Turut dibincangkan ialah cadangan program-program yang dirancang untuk diadakan sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.
YADIM diwakili Penolong Pengarah KEMUDA, Encik Nuuh Muhamad Idris, Puan Nazia Aqilah Mohd Anuar, Encik
Mohammad Faiz Safwan Abd Kadir dan Puan Nurul Ashikin Zakaria.
Hadir sama Bersama RSY UPSI ialah Penasihat Al-Mursydin Club, Mohd Ali Malek.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *