DUBAI 12 Sept. – Arab Saudi menggagalkan cubaan kumpulan pengganas Daesh melakukan pengeboman bu­nuh diri terhadap ibu pejabat Kementerian Pertahanan negara dan juga menahan empat orang yang disyaki.

Dua daripada mereka adalah rakyat Yemen manakala dua lagi rak­yat Arab Saudi, demikian menurut laporan agensi berita SPA.

Mereka yang ditangkap didakwa cuba menyerang dua ibu pejabat kementerian pertahanan tetapi tidak di­nyatakan bila tangkapan itu dibuat.

Dua rakyat Arab Saudi itu ditangkap kerana pengli­batannya dengan dua pengebom bunuh diri.

Laporan SPA menunjukkan gambar rumah yang menjadi tempat pelindungan dan latihan dua warga Yemen selain tali pinggang peledak dan juga nahan leptupan buatan sendiri.

Kesemua suspek yang ditahan didakwa melakukan kerja-kerja pengintipan di dalam negara itu untuk kuasa asing.

Menurut agensi be­rita SPA yang memetik sumber ke­selamatan sebagai berkata, pihak polis mendedahkan wujudnya aktiviti pe­risikan untuk kepen­tingan pihak asing oleh kesemua suspek terbabit.

Dalam pada itu, sumber keselamatan negara itu yang enggan didedahkan identiti­nya, kesemua suspek didakwa mempunyai hubungan dengan organisasi pengganas di luar negara termasuklah Brotherhood Muslim.

“Kumpulan itu turut berhubung dan menerima dana serta pelbagai bentuk sokong­an daripada dua lagi negara untuk menggugat keselamatan Arab Saudi, bertujuan untuk mengganggu kestabilan serta perpaduan negara ini,” ujar sumber tersebut. – REUTERS

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

clear formSubmit