Home » Penerbitan » KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1)

KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1)

Judul: KURSUS BAHASA ARAB (BUKU 1)
Penulis: Ishak Mohd. Rejab
Edisi: Bahasa Melayu
ISBN: 983-99526-5-X
Harga: RM15.90
Penerbit: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

BUKU ini disusun mengikut kaedah yang mudah untuk diikuti dan difahami, sesuai dengan persekitaran tempatan. Dihasilkan oleh penulis/penyusun yang mempunyai asas yang kuat dalam bahasa Arab serta berpengalaman mengajar.

Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan utama atau rujukan bagi pelajar-pelajar sekolah yang mengambil subjek bahasa Arab di sekolah mahupun penuntut pusat pengajian tinggi. Pembaca dan peminat bahasa Arab daripada kalangan masyarakat umum akan mendapati buku ini mampu memberi bimbingan serta panduan untuk mempelajari bahasa Arab, serta menambahkan lagi minat mereka terhadap bahasa al-Quran ini. Inilah bahan bacaan yang dicari-cari oleh pencinta bahasa al-Quran tanah air.

•    Kami sedang mencari waris penulis buku ini (Allahyarham Dr Ishak Mohd Rejab). Alamat terakhir Allahyarham yang diketahui ialah di Kepala Batas, Seberang Prai. Kami memohon jasa baik sesiapa yang mengenali waris Allahyarham  menghubungi kami. Terima kasih.

Buku ini boleh dibeli melalui Kedai Buku Online YADIM dengan klik pautan berikut:

Kursus Bahasa Arab 1

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

4 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *