Home » Langit Terbuka » Tunggakan kompuan DBKL hampir cecah RM1 bilion

Tunggakan kompuan DBKL hampir cecah RM1 bilion

Menteri Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya menjangka dapat mengutip kira-kira RM100 juta menerusi kempen bayaran kompaun pada kadar istimewa yang bermula dari 1 hingga 30 September ini

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekodkan nilai kompaun yang belum dijelaskan sebanyak RM924 juta daripada 4.5 juta notis yang dikeluarkan kepada pesalah trafik di ibu kota sejak 2014 hingga Ogos lalu.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya menjangka dapat mengutip kira-kira RM100 juta menerusi kempen bayaran kompaun pada kadar istimewa yang bermula dari 1 hingga 30 September ini.

“Mana-mana kompaun lama sebelum 1 September perlu dijelaskan sehingga 30 September ini untuk mendapat kadar khas yang ditetapkan iaitu RM20 untuk motosikal, RM30 untuk kereta dan RM50 untuk kenderaan berat.

“Tawaran ini diberi untuk menggalakkan orang ramai supaya membayar segera kompuan mereka untuk mengelak dikenakan tindakan mahkamah dan disenarai hitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

One Response

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *