Home » Langit Terbuka » 2 disiasat SKMM kerana hina nabi

2 disiasat SKMM kerana hina nabi

Siasatan SKMM itu susulan laporan orang ramai ekoran kesalahan 2 suspek itu menjurus kepada perbuatan memuat naik kandungan bersifat jelik serta menghina dengan niat mengganggu dan menyakitkan hati orang lain. - Foto FreeMalaysiaToday

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat 2 individu di Selangor serta Sabah atas dakwaan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan dan Siasatan SKMM, Mohd Shafie Harun dalam satu kenyataan hari ini berkata 2 individu itu ditahan di Kajang dan Semporna menerusi serbuan dengan kerjasama polis, manakala 2 telefon bimbit, 3 kad sim dan 1 kad memori turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Katanya, siasatan itu susulan laporan orang ramai yang diterima SKMM dan kesalahan 2 suspek itu menjurus kepada perbuatan memuat naik kandungan bersifat jelik serta menghina dengan niat mengganggu dan menyakitkan hati orang lain.

“Dalam kes pertama membabitkan pengguna akaun Facebook bernama ‘Auni Zaara’, suspek memuat naik mesej yang menghina Nabi Muhammad dan isteri.

“Manakala dalam kes ke-2 pula membabitkan pengguna akaun Facebook ‘Fadhillah Abdulhamid’, suspek memuat naik kandungan bersifat jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad dengan kata-kata yang cukup menghina,” katanya.

Shafie berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Katanya, SKMM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan mesej berbaur penghinaan yang boleh mengundang kemarahan orang ramai. – FreeMalaysiaToday

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *