YADIM Utara sampaikan sumbangan kepada Orang Asli

SUNGAI PETANI 2 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Ziarah Kasih pada 24 November 2016 lalu di Perkampungan Orang Asli (KOA) Kabil, Hulu Perak, Perak. Eksekutif YADIM Zon Utara, Afifi berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah penyerahan sumbangan pakaian kain pelikat dan kopiah bagi 30 orang asli yang dilantik […]

Rohingya: NGO Islam kecam kekejaman

ALOR SETAR 2 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di utara tanah air bersepakat mengecam kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya dan mahu satu tindakan konkrit diambil segera membantu mereka. Ketetapan itu dicapai hasil daripada program Halaqah Ilmi NGO-NGO Islam yang telah diadakan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara pada 27 November […]

Raja Muda Perlis seru umat Islam tonjol imej sebenar agama

COLOMBO, 2 Dis. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam agar sentiasa menonjolkan imej sebenar Islam  yang menitikberatkan keamanan dan kesejahteraan. Sehubungan itu, titah baginda, umat Islam berperanan mengekal hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam supaya keindahan Islam tidak dirobekkan dengan ketaksuban yang boleh membawa kepada kerosakan. “Islam perlu menjadi […]

Tiga universiti Malaysia berada di kedudukan 100 universiti terbaik dunia

KUALA LUMPUR, 2 Dis. – Tiga universiti di Malaysia berjaya memasuki senarai 100 terbaik daripada 300 universiti melibatkan 50 negara dalam Times Higher Education (THE) BRICS and Emerging Economies University Rankings 2017. Menurut laman web THE, Universiti Putra Malaysia menduduki tempat ke-89, melonjak 14 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini, manakala dua lagi universiti iaitu […]

300 pelarian selamat, nasib 200 lagi belum diketahui

ALOR SETAR 2 Dis.  – Kira-kira 300 pelarian etnik Rohingya yang dilaporkan terkandas antara perairan Myanmar dan Bangladesh sejak 17 November lepas ditemui selamat selepas diberi pertolongan penduduk kampung di Bangladesh, tiga hari lalu. Pengerusi Persatuan Rohingya Malaysia cawangan Kedah, Yusof Ali berkata, mereka adalah antara 500 pelarian yang melarikan diri dari Myanmar dengan menaiki […]

JAIM rampas 500 alas kaki ada ayat al-Quran

MELAKA 1 Dis. – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) merampas kira-kira 500 helai alas kaki dilapisi kertas tertera ayat-ayat al-Quran dalam serbuan di sebuah gudang pembekal alat keperluan rumah di Krubong di sini, hari ini. Serbuan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran JAIM serta polis itu dibuat selepas sekeping gambar […]