Home » Citra Yadim » YADIM Utara sampaikan sumbangan kepada Orang Asli

YADIM Utara sampaikan sumbangan kepada Orang Asli

SUNGAI PETANI 2 Dis. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Utara telah menganjurkan program Ziarah Kasih pada 24 November 2016 lalu di Perkampungan Orang Asli (KOA) Kabil, Hulu Perak, Perak.

Eksekutif YADIM Zon Utara, Afifi berkata, antara aktiviti yang dijalankan ialah penyerahan sumbangan pakaian kain pelikat dan kopiah bagi 30 orang asli yang dilantik oleh Jabatan Agama Islam Perak sebagai imam dan bilal.

“Selain itu juga YADIM Zon Utara menyerahkan sumbangan sebanyak RM750 bagi dana pembangunan Surau KOA Kabil yang dilancarkan semasa berlangsungnya program Karnival Street Da`wah yang bertempat di Taman Ria Mesra 1, Gurun, Kedah.

“Kutipan dana ini ialah untuk membaik pulih bumbung surau dan membina stor bagi menyimpan peralatan memasak dan barangan surau,’’ katanya.

Beliau berkata, selain menjadi tempat bersolat bagi Orang Asli KOA Kabil, surau berkenaan juga adalah pusat aktiviti masyarakat dan tempat transit pengerak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertugas di situ dan urursetia-urusetia program.

Menurutnya, tujuan utama program Ziarah Kasih ini dilaksanakan ialah untuk menunjukkan sikap YADIM yang mengambil peduli tentang permasalahan ummah khusus yang berkaitan masyarakat Orang Asli.

“Mereka hidup dalam keadaan yang jauh daripada akses kepada kehidupan beragama menyebabkan pengetahuan tentang Islam amat kurang.

“Justeru, apabila program Ziarah Kasih Orang Asli dilaksankan kita dapat melihat penerimaan mereka kepada orang-orang yang menziarahi amat baik dan mereka merasakan diri mereka dihargai,’’ katanya.

Beliau berkata, pada tahun hadapan YADIM Zon Utara merancang beberapa program bersiri yang akan dilaksanakan untuk masyarakat Orang Asli.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *